Tips Pelaburan Hartanah. 011 1090 6603

LANGKAH-LANGKAH MENJUAL PROPERTY

# LANGKAH MENJUAL RUMAH #

Bagaimana menjual rumah.

Lantik ejen hartanah. Mengapa perlukan Ejen adalah untuk memudahkan urusan :

A) Mendapatkan pembeli.
B) Membawa pembeli melihat unit yang hendak dijual.
C) Menguruskan permohonan pinjaman untuk pembeli.
D) Menguruskan urusan guaman.
E) Followup urusan penyerahan kunci.

Langkah-langkah menjual.

* Lantik ejen yang bertauliah yang mempunyai REN NUMBER bagi mengelakkan urusan anda tergendala atau ditipu.

* semasa menandatangani perlantikan ejen, sebaiknya lantikan EXCLUSIVE terhadap ejen tersebut supaya dia boleh menumpukan perhatian kepada rumah anda dan mendapatkan pembeli dalam masa yang singkat.

* Serahkan kunci (sekiranya rumah kosong) bagi memudahkan ejen membawa pembeli tanpa mengganggu masa anda.

*Tunggu ejen melakukan tugasannya mendapatkan pembeli. Ejen perumahan mendapatkan pembeli dari pelbagai sumber iaitu daripada akhbar, website (mudah.my/iproperty/propertyguru/propworld, laman sosial), co-agent (berkongsi maklumat kepada ejen lain), banting, banner .

*Setelah ejen mendapat pembeli yang berpotensi tinggi, ejen akan membawa pembeli melihat unit tersebut dengan mengambil kira GAJI, TANGGUNGAN BULANAN, CCRIS, CTOS dan tujuan membeli.

* Apabila pembeli bersetuju, 3% deposit akan dibayar kepada ejen sebagai pemegang amanah antara penjual dan pembeli.

* Pihak penjual dan pembeli menandatangani Offer To Purchase Form. Pembeli diberi tempoh 21 hari untuk menandatangai SnP. Dalam tempoh tersebut, pihak ejen membantu menguruskan Pinjaman .

* Sekiranya dalam tempoh tersebut, pinjaman tidak diluluskan, pihak ejen akan mengembalikan 3% deposit tanpa sebarang potongan.

* Setelah pembeli dan penjual menandatangani OTPF, jika penjual menggagalkan penjualan, penjual hendaklah membayar 2 kali ganda nilai deposit pembeli. Jika pembeli pula menggagalkan pembelian, deposit akan hangus.

*Kelulusan pinjaman pembeli telah Berjaya, urusan tanda tangan oleh pembeli dan penjual di pejabat peguam. Pihak penjual membayar 7% bersama yuran guaman ( 7 % + yuran guaman ).

* Penjual mendapat pembayaran 7% setelah ditolah 3% ejen komisyen. Yuran guaman oleh penjual boleh ditolak daripada 7% tersebut.

Nilai yuran guaman oleh penjual dan pembeli adalah berbeza.Dalam tempoh 90 hari adalah proses tukar nama. Penjual akan mendapat lebihan 90% dalam tempoh tersebut dan penyerahan kunci kepada pembeli setelah kelulusan untuk menukar nama.

” SEKIRANYA ANDA BERCADANG UNTUK MENJUAL PROPERTY ANDA, BOLEH TERUS BERHUBUNG DENGAN SAYA. HAMDAN 011 1090 6603 “